SELAMAT DATANG

Laman Informasi Mesra Anda

Jumaat, 22 Julai 2011

Majlis Penutupan Rasmi Kursus KDP4M dan Pelancaran Rasmi Laman Blog Telah Selamat Disempurnakan Oleh Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Sri Tanjung, IPG Kampus PM, Melaka pada jam 9.30 pagi tadi. Majlis yang berlangsung dengan meriah itu turut dihadiri oleh wakil Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Encik Mat Hassan Bin Abdullah dan wakil Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Encik Abd. Khalid Bin Hj. Jaudin.

Khamis, 21 Julai 2011

Pelancaran Rasmi Laman Blog Kdp4M (22 Julai 2011) Slideshow

Pelancaran Rasmi Laman Blog Kdp4M (22 Julai 2011) Slideshow: ★ Pelancaran Rasmi Laman Blog Kdp4M (22 Julai 2011) Oleh Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka ★

Pameran KDP 4 Minggu Pembugaran Dan Kompetensi Berlangsung Dengan Meriah





Pameran tersebut berlangsung dengan meriah dan jayanya berkat usaha keras dan kerjasama dari semua peserta kursus. Pelbagai hasil tugasan kursus dipamerkan sebagai perkongsian ilmu dengan warga IPG Kampus Perempuan Melayu khususnya  termasuk guru-guru pelatih.

Selasa, 19 Julai 2011

Jemputan Ke Pameran Hasil Kursus KDP 4 Minggu 2011

Peserta Kursus KDP 4 Minggu Peningkatan Profesionalisme Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah 2011 menjemput seluruh warga IPG Kampus PM, Melaka mengunjungi pameran hasil kursus yang akan diadakan pada hari Khamis,Tarikh 21 Julai, Jam 10 pagi hingga 5 petang bertempat di Foyer Anjung Hikmah, IPG Kampus PM, Melaka.

Pameran ini akan mempamerkan hasil-hasil kerja yang telah dihasilkan oleh semua peserta kursus.
Semoga kehadiran Tuan, Puan akan memeriahkan lagi majlis tersebut.

Isnin, 18 Julai 2011

VIDEO KORPORAT WAJAH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

PENILAIAN KURSUS

Penilaian

Penilaian kursus dibuat 100% berdasarkan produk/portfolio pembelajaran yang dihasilkan oleh peserta kursus.  Pentaksiran terhadap produk/portfolio berdasarkan kriteria penilaian seperti yang berikut:

1. Matlamat Kursus
§  Tema dan tajuk meliputi secara jelas dan selaras dengan kepeluan sukatan pelajaran
§  Aktiviti pembelajaran menjana daya pemikiran aras tinggi dan kemahiran belajar secara terarah kendiri
§  Bahan sokongan yang disediakan menjurus ke arah pencapaian matlamat kursus
2. Kandungan Portfolio
§  Prosedur portfolio dicatat dengan jelas
§  Hubungan antara maklumat yang dikumpul dengan Hasil Pembelajaran kursus ditunjukkan dalam bahan  yang disediakan di dalam portfolio
§  Komponen-komponen dalam portfolio merupakan model yang dibina untuk membantu pelaksanaan di peringkat sekolah
3. Integrasi Teknologi
§  Penggunaan teknologi yang menyokong ke arah mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam
4. Kreativiti dan Inovasi
§  Peserta dapat menghasilkan bahan sumber pengajaran-pembelajaran yang kreatif dan inovatif
§  Peserta dapat membina portfolio yang menarik dan boleh diguna pakai oleh guru lain
5. Keseluruhan
§  Portfolio menunjukkan keberkesanan kursus yang diikuti
§  Bukti keseluruhan boleh dilihat melalui kelicinan aktivit persembahan/pembentangan
§  Pengurusan portfolio yang kemas dan baik

MATLAMAT KURSUS DAN HASIL PEMBELAJARAN

MATLAMAT

Matlamat Kursus Pembugaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu KDP 4 Minggu Peningkatan Profesionalisme Program MBM adalah untuk melahirkan guru yang berketerampilan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pembugaran dalam pengajaran dan pembelajaran BM di dalam dan di luar bilik darjah.

 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan aktiviti-aktiviti pembugaran dalam BM di dalam dan di luar bilik darjah dengan tepat dan betul;
2. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang bentuk dan     prosedur pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembugaran dalam BM yang dapat digunakan di sekolah;
3. Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran pengurusan aktiviti pembugaran dalam BM  untuk menghasilkan bahan pengajaran     dan  pembelajaran;
4.  Menghasilkan produk dan portfolio pengajaran pembugaran untuk dilaksanakan di sekolah; dan 
5.   Menunjukkan semangat sepasukan sepanjang mengikuti kursus

Khamis, 14 Julai 2011

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Selamat datang ke Laman Blog Kursus KDP 4 MINGGU (Kursus Pembugaran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu & Kursus Peningkatan Kompetensi Berbahasa) Zon Selatan (Melaka,Negeri Sembilan Dan Johor).
        Pertamanya kami peserta kursus mengucapkan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka , semua tenaga pengajar yang telah memberi bimbingan dan berkongsi pelbagai ilmu dalam memartabatkan Bahasa Melayu.
         Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri (Melaka, Negeri Sembilan dan Johor) dan Jabatan Pengajian Melayu serta Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
         Kursus yang berlangsung selama 4 Minggu ini memberikan pelbagai ilmu dan kemahiran kepada kami untuk menjadi guru yang lebih berkualiti dan mantap seiring dengan arus teknologi semasa. Semoga dengan wujudnya laman blog ini dapat membuka ruang yang lebih luas untuk para peserta berkomunikasi dan bertukar pandangan serta pengetahuan. Diharapkan laman blog ini juga akan memberi manfaat kepada semua guru Bahasa Melayu seluruh Malaysia.